Input your search keywords and press Enter.

Tindakan Segera Perlu Diambil Kerajaan Untuk Tangani COVID-19 – Muhyiddin

M Update, 13/7/2020 – Tindakan segera perlu diambil kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi mengumumkan peruntukan dalam usaha menangani kesan daripada penularan pandemik COVID-19 tanpa dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata rakyat memerlukan bantuan segera kerana mereka berdepan situasi sukar dan sulit dan tidak boleh menunggu sesi Parlimen yang bermula hari ini.

“Permasalahan besar yang kita hadapi adalah soal untuk menguruskan dan menangani COVID-19 dan rakyat tahu bahawa dalam situasi yang menyukarkan dan sulit ini kerajaan tidak ada pilihan. Malah, saya sendiri berpendapat tindakan segera mesti diambil walaupun sesi Parlimen belum bermula,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai mengapa ahli Parlimen tidak diberikan ruang untuk membahaskan secara terbuka peruntukan-peruntukan besar yang diumumkan kerajaan termasuk untuk pemulihan ekonomi negara yang terkesan oleh COVID-19. – BERNAMA

Leave a Reply