Input your search keywords and press Enter.

Membanggakan! Dua Wanita Hebat Harumkan Nama Malaysia

M Update, 15/7/2020 – Pakar kardiologi, Dr Masliza Mahmod menjelaskan, beliau bukanlah wanita pertama Malaysia yang menjadi Prof Madya di Universiti Oxford, United Kingdom.

Dalam hantaran Facebooknya semalam, Dr Masliza memaklumkan, rakyat Malaysia, Dr Phaik Yeong Cheah dilantik sebagai Prof Madya di universiti itu dalam bidang bioetika sejak 2016.

“Marilah kita mengucapkan tahniah kepada beliau kerana menjadi wanita Malaysia pertama yang mencapai tahap ini di Universiti Oxford. Bersama-sama sebagai wanita Malaysia, kami berdua akan terus meletakkan Malaysia di peta dunia. Tahniah buat beliau!” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, Dr Masliza, 47, yang berasal dari Pulau Pinang melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Prof Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford.

Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memfokus kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baharu untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus.

Sementara itu, Dr Yeong Cheah yang juga berasal dari Pulau Pinang kini menjawat jawatan Ketua Jabatan Bioetika dan Libat Urusdi University Oxford. Jabatan berkenaan memberi fokus kepada isu etika yang timbul daripada penyelidikan yang dijalankan dan bekerja dengan populasi yang terdedah seperti kanak-kanak, wanita hamil, pendatang asing serta mereka yang kurang bernasib baik. – BH Online

Leave a Reply