Input your search keywords and press Enter.

COVID19: Ramai Makin Lupa, Langgar Peraturan Dan SOP

M Update, 17/7/2020 – Orang ramai kini dilihat semakin lupa dan melanggar peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kerana menganggap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak lagi dikuatkuasakan.

Justeru, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengingatkan rakyat supaya terus mematuhi SOP kerana tindakan masih boleh dikenakan di bawah akta berkenaan.

“Kerajaan berharap rakyat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa. Jika didapati ada perlanggaran SOP, sila laporkan kepada polis dan pasukan beruniform lain yang terbabit dalam ops pematuhan SOP ini.

“Dari segi mereka yang direman dan dikenakan kompaun, jelas menunjukkan kerajaan masih menguatkuasakan SOP di bawah Akta 342,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, semalam. – BH Online