Input your search keywords and press Enter.

Aidiladha: Tiada Larangan Balik Kampung

M Update, 22/7/2020 – Kerajaan setakat ini tidak membuat sebarang keputusan melaksanakan semula larangan rentas negeri menjelang Aidiladha walaupun trend pandemik COVID-19 meningkat akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, walaupun rekod keadaan semasa berkaitan penularan virus itu kembali meningkat, angkanya masih rendah.

“Belum ada keputusan macam itu lagi (kembali kuatkuasakan larangan rentas negeri). Keadaan tidak bagus sebab kes meningkat tetapi kita masih lagi angka (kes baharu) yang rendah,” katanya ketika ditemui hari ini . Beliau berkata pada sidang media Parlimen hari ini.

Ditanya apa penanda aras jika mahu pertimbangkan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan adakah jika capai kes harian tiga digit, katanya, tiada angka tepat diletakkan.

“Jika kes memuncak dan banyak, maka kerajaan mungkin terpaksa bertindak demi keselamatan semua orang. Itu yang kita tak mahu berlaku sebenarnya. Sebab kita sudah lalui fasa di mana ekonomi terjejas, perhubungan terjejas dan sosial terjejas. Kita tak mahu benda itu berlaku lagi,” katanya.

Sumber : BH Online