Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

July 2020

Penjarakan Sosial Jemaah Solat Jumaat Dikekalkan Buat Masa Ini

M Update, 22/7/2020 – Penjarakan sosial di antara jemaah dalam solat Jumaat akan dikekalkan buat masa ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata perkara itu dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan berikutan penularan wabak COVID-19. “Untuk…

COVID-19: Kes Di Selangor Kembali Alami Peningkatan

M Update, 22/7/2020 – Selangor kembali mengalami peningkatan dalam kes COVID-19 apabila dua daerah zon hijau iaitu Gombak dan Hulu Langat kembali ke zon kuning selepas merekodkan kes positif baharu. Pada minggu lalu, negeri ini merekodkan penurunan kes positif yang baik, sekali gus menjadikan hampir semua daerahnya berada di zon…

Malaysia Antara Negara Cemerlang Laksana Pakej Ekonomi – Tengku Zafrul

M Update, 22/7/2020 – Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah negara yang melaksanakan pakej sokongan ekonomi yang luar biasa selain daripada Thailand, menurut laporan Global Economic Prospects June 2020 oleh Kumpulan Bank Dunia. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata memetik laporan itu, kedua-dua Malaysia dan Thailand telah…

KOTA SINGA MEMILIH 2020

Analisis Awal Pasca Pilihan Raya Umum Singapura 2020 Oleh: MKA Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura 2020 merupakan salah satu PRU yang menarik dan bersejarah untuk negara republik kecil ini. Meskipun menang bergaya pada PRU 2015, PRU kali ini menyaksikan parti pemerintah, People Action Party (PAP) mengalami kemerosotan bilangan kerusi dan…

Pakai ‘Facemask’ Dengan Betul – Dr Noor Hisham

M Update, 22/7/2020 – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam mengulangi gesaan supaya orang ramai memakai pelitup separuh muka atau ‘facemask’ dengan cara yang betul. Beliau berkata pemakaian alat pelitup separuh muka merupakan satu kaedah pencegahan yang penting bagi mengelak penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19.…

Cuba Rasuah APMM Untuk Lepaskan 25 Rohingya Masuk Malaysia

M Update, 21/7/2020 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki Myanmar kerana cuba merasuah pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebanyak RM25,000 bagi tujuan melepaskan 25 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang mahu menyeludup masuk ke Malaysia. Kedua-dua lelaki terbabit yang berusia 29 dan 35 tahun dipercayai bertindak…

PKPP Membolehkan Rakyat, Perniagaan Menjana Pendapatan – Tengku Zafrul

M Update, 21/7/2020 – Pembukaan ekonomi secara berperingkat dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah membolehkan rakyat dan perniagaan mula menjana pendapatan dan membayar semula pinjaman kewangan mereka. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, oleh itu langkah seterusnya yang boleh diambil ialah pertolongan secara lebih bersasar…

Kutipan Denda Ingkar PKP Hampir RM6 Juta – KDN

M Update, 21/7/2020 – Jumlah kutipan denda yang dijelaskan oleh syarikat dan individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sebanyak RM5,928,000. Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan angka itu berdasarkan maklumat diperoleh dari Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh Mac hingga Jun 2020. “PDRM hanya mengeluarkan kompaun kepada individu dan juga…

Tiada Kenaikan Tarif Air Ketika Berdepan COVID-19

M Update, 21/7/2020 – Kerajaan memberi jaminan tarif air tidak akan dinaikkan ketika rakyat masih berdepan bebanan dan tekanan hidup berikutan penularan COVID-19. Justeru, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata rakyat tidak perlu risau berhubung perkara itu. “Kerajaan akan menanggung kos dalam situasi susah sebab…

Wanita Pakai ‘Wristband’ COVID-19 Makan Di Kafe Disiasat

M Update, 21/7/2020 – Foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen. Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu…