Input your search keywords and press Enter.

Penjawat Awam Perlu Jadi Contoh Patuhi Arahan Pemakaian Pelitup Muka

M Update, 3/8/2020 – Penjawat awam perlu menjadi contoh kepada masyarakat khususnya di Sabah dalam mematuhi pemakaian pelitup muka seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor berkata ia merupakan antara tanggungjawab bukan hanya sebagai rakyat tetapi juga sebagai penjawat awam.

“……dan bukan antara orang yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ibadah korban di Kompleks Kediaman Persekutuan, Indah Permai semalam.

Samsuni berkata setakat ini semua pejabat agensi Persekutuan di negeri ini mematuhi SOP dengan memeriksa suhu badan, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal dalam setiap majlis mahupun mesyuarat. Bermula 1 Ogos 2020, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka terutamanya di tempat awam yang sesak bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini. – BERNAMA