Input your search keywords and press Enter.

Murid Boleh Pakai Pelindung Muka Sahaja Tanpa ‘Mask’ Ke Sekolah

M Update, 25/8/2020 – Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan untuk hanya memakai pelindung muka ketika ke sekolah, tanpa perlu memakai pelitup muka pakai buang, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan itu dibuat ketika Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini dan dipersetujui Kementerian Kesihatan (KKM), katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun penggunaan pelindung muka bersama pelitup muka adalah digalakkan. – HM Online