Input your search keywords and press Enter.

Pemohon Rumah Sewa PA/PPR Diminta Kemas Kini Maklumat

M Update, 2/9/2020 – Orang ramai yang membuat permohonan rumah sewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari tahun 1998 hingga 2018 diminta mengemas kini maklumat permohonan secara dalam talian dalam tempoh tiga bulan bermula 1 Sept sehingga 30 Nov depan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan bagi tujuan itu pemohon perlu melayari http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/.

“Beberapa maklumat perlu dimuat naik dan dikemas kini seperti kad pengenalan, pendapatan, status perkahwinan, tempat tinggal, ahli keluarga, maklumat orang kelainan upaya (OKU) serta butiran harta.

“Pemohon yang gagal mengemas kini maklumat permohonan akan dikategorikan sebagai tidak aktif dan permohonannya tidak akan diproses selain dianggap tidak lagi berminat,” menurut kenyataan itu.

Pemohon yang mempunyai masalah ketika menggunakan sistem, boleh e-mel kepada eperumahan@dbkl.gov.my dengan tajuk Pengemaskinian Maklumat Pendaftaran Permohonan PA/PPR DBKL atau hubungi talian 03-26176014. – BERNAMA