Input your search keywords and press Enter.

Tasik Titiwangsa Ditutup Esok

M Update, 9/9/2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula 6.30 pagi hingga 2 petang, esok.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Operasi Menembak Gagak.

“Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, taman ini akan ditutup kepada orang awam,” katanya hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berada di kawasan itu semasa operasi dilaksanakan. – Bernama