Input your search keywords and press Enter.

KKM: Kluster Baharu Di Pulau Pinang

M Update, 21/9/2020 – Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Kluster Ara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini kluster berkenaan sudah menjangkiti dua individu.

Beliau berkata, Kluster Ara dikesan apabila kes indeks, iaitu kes ke-10,024 yang juga seorang lelaki berumur 44 tahun warganegara Malaysia dikesan positif ketika saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September lalu berikutan kedatangan kes dari Semenanjung.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan satu kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kes positif ini, iaitu kes ke-10,217 ialah anak saudara kepada kes indeks.

“Kes 10,217 dikesan positif semalam dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 16 individu disaring dan 14 daripadanya mendapat keputusan negatif.

“Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan sudah dijalankan di lokasi terbabit. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber : BH Online