Input your search keywords and press Enter.

JAWI: Solat Hajat Doakan Kesejahteraan Agong

M Update, 23/9/2020 – Semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disarankan untuk melaksanakan solat hajat selepas waktu Maghrib, hari ini, khusus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismai berkata, seperti diketahui ramai, baginda sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta baginda sentiasa berada di bawah riayah dan perlindungan Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN bagi menjalani rawatan sejak dua hari lalu. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan,” katanya. – HM ONLINE