Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

September 2020

PRN Sabah: Esok Sabah Cuti Umum

M Update, 25/9/2020 – Kerajaan negeri menetapkan esok sebagai Hari Kelepasan Am khas, di Sabah bagi memudahkan rakyatnya keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dalam kenyataannya hari ini, berkata pengisytiharan cuti umum ini dibuat mengikut Seksyen 9, Ordinan Hari Kelepasan Sabah…

Pengundi Diminta Keluar Mengundi Esok Tanpa Sebarang Keraguan – Polis Sabah

M Update, 25/9/2020 – Polis memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan berjalan lancar esok tanpa sebarang gangguan dan meminta orang ramai keluar mengundi tanpa sebarang keraguan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan tegas akan diambil  terhadap sesiapa sahaja yang membuat provokasi dan kekecohan dalam pilihan raya itu. “Esok kita juga akan lakukan beberapa sekatan jalan raya…

Anggota ATM Bertugas Di Sabah Diarah Patuhi SOP Ketat

M Update, 25/9/2020 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengarahkan anggotanya yang bertugas mengawal sempadan negara di Sabah agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di negeri itu. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata Markas Formasi yang bertugas di Sabah telah diarahkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memastikan setiap…

SPA Guna Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA9 Mulai 28 September

M Update, 25/9/2020 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) sepenuhnya bagi menggantikan borang pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) mulai 28 Sept ini. SPA dalam kenyataannya hari ini berkata pemohon sedia ada yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh di bawah SPA8i, tidak perlu…

Peraturan Baharu Untuk Pelawat Dari Sabah, Labuan Ke Sarawak Mulai Hari Ini

M Update, 25/9/2020 – Semua pelawat yang ingin memasuki Sarawak dari Sabah dan Labuan perlu memohon untuk memasuki negeri tersebut menggunakan aplikasi telefon pintar “EnterSarawak” dan melampirkan keputusan saringan “Reverse Transcript – Polymerase Chain Reaction” (RT-PCR) sebelum tarikh perjalanan, berkuat kuasa hari ini.  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan semalam berkata…

KPT Tidak Tangguh Daftar Masuk Pelajar Universiti, Kolej

M Update, 25/9/2020 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bercadang menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar ke universiti atau kolej di seluruh negara, yang dijadualkan bulan hadapan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata pihaknya sudah mengarahkan semua universiti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi proses kemasukan itu. “Saya…

Hanya 1.8 Juta Rakyat Malaysia Respons E-Census – Ketua Perangkawan

M Update, 25/9/2020 – Hanya 1.8 juta rakyat Malaysia telah mengisi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau e-Census sejak dilaksanakan pada 7 Julai lepas, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Mohd Uzir berkata jumlah itu adalah rendah iaitu masih di bawah sasaran 30 peratus atau kira-kira 9 juta daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk…

ATM Nafi Virus Covid-19 Dalam Dakwat

M Update, 24/9/2020 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga tentera selepas mencelup jari dengan dakwat ketika proses undian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kelmarin. Bahagian Hal Ehwal Awam-J7 Markas ATM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, maklumat yang tular di media sosial…

Masjid Dititah Anjur Solat Hajat Mohon Kesembuhan Segera Al-Sultan Abdullah

M Update, 24/9/2020 -Semua masjid di Pahang dititah mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan Tahlil serta doa selamat bagi mendoakan kesembuhan segera buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), di ibu negara. Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk…

Pendaki Positif Covid-19, Kompleks Taman Kinabalu Ditutup

M Update, 24/9/2020 – Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah mengeluarkan notis penutupan Kompleks Taman Kinabalu bermula 25 September sehingga 8 Oktober ini. Setiausaha Tetap, Dr Jamili Nais berkata, notis terbabit dikeluarkan berikutan seorang pendaki Tawau mempunyai kontak rapat dengan individu yang didapati positif Covid-19. “Pihak kita telah dimaklumkan bahawa pada…