Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2020

Operasi Pawagam Di Seluruh Malaysia Dihentikan Sementara Mulai 1 Nov

M Update, 30/10/2020 – Pawagam-pawagam di Malaysia akan menggantung operasi mereka bermula November ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) di beberapa negeri selain kekurangan filem-filem baharu. Keputusan untuk menggantung sementara operasi semua panggung wayang di negara ini dibuat secara kolektif. Bermula November 2020, semua panggung wayang akan menangguhkan penayangan…

Kerajaan Sukar Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP – PM

M Update, 30/10/2020 – Perdana Menteri membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan…

Ustaz Ebit Lew Hantar Sumbangan Ke Sabah

M Update, 30/10/2020 – Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi. “Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. – Ebit Lew Terbaharu, Ebit turut turun padang menyalurkan bantuan kepada…

POLEMIK POLITIK PANDEMIK: RAJA BERSAMA RAKYAT

Suasana resah dan gelisah di kalangan masyarakat umum pada ketika ini tidak sukar untuk ditafsir. Himpitan meneruskan kelangsungan hidup akibat kesan ancaman musuh tidak dijangka telah hampir memasuki bulan ke sepuluh. Ekonomi menguncup. Perniagaan banyak yang tutup. Yang bekerja telah ramai hilang sumber pendapatan. Lulusan pusat pengajian masih ramai belum…

Serangan Perancis: Pemimpin Dunia Kutuk Insiden Pembunuhan

M Update, 30/10/2020 – Pemimpin dunia mengutuk insiden pembunuhan di Nice, semalam, yang disifatkan Perancis sebagai serangan pengganas Islam. Mereka yang mengecam termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, selain pemimpin Eropah, Arab serta Israel. “Serangan pengganas Islam radikal ini mesti…

Dayang Topaz: Mayat Jurutera Dijangka Diterbangkan Ke Kuala Lumpur Hari Ini

M Update, 30/10/2020 – Seorang mangsa insiden MV Dayang Topaz yang meninggal dunia Selasa lepas, Jurutera Kedua Aaron Michael Rajasgran dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur hari ini dan mayatnya akan dibakar pada 10 pagi Sabtu ini, kata balu mendiang Nateshwari Dhusan.  Setibanya di Kuala Lumpur mayat mendiang akan dibawa ke rumah ibu bapanya di…

Agong Zahir Ucapan Tahniah Kepada Cikgu Sam

M Update, 30/10/2020 – Kejayaan guru bahasa Inggeris Samuel Isaiah dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang yang dipilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020 mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seri Paduka menzahirkan ucapan tahniah serta sukacita dan bangga atas dedikasi serta usaha murni guru muda dari Kuantan,…

Cadang Adakan PRU Selepas COVID-19 Terkawal- Zahid Hamidi

M Update, 30/10/2020 – UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan pilihan raya umum  bagi mewujudkan kerajaan yang stabil setelah pandemik COVID-19 dapat dikawal dan berada di tahap minimum. UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat. Maka, semua anggota kabinet yang mewakili UMNO terus kekal dalam…

Neymar Cedera, Bakal Terlepas Tiga Perlawanan

M Update, 30/10/2020 – Neymar bakal terlepas tiga perlawanan Paris Saint-Germain selepas pahanya cedera ketika menentang Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin. Neymar dikeluarkan pada minit ke-25 di Istanbul sebelum PSG memenangi perlawanan 2-0. Neymar yang kemudiannya cuba meneruskan permainan sebelum meminta diganti, menjalani imbasan MRI dan mendapati ada kekoyakan…

Agong Titah Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021

M Update, 28/10/2020 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021. Baginda bertitah, ini demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk…