Input your search keywords and press Enter.

KPT: Semua IPT Disaran Tangguh Pendaftaran Fizikal Pelajar IPT Baharu, Lama

Foto Hiasan

M Update, 2/10/2020 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini. Keputusan itu perlu dibuat demi kesejahteraan dan keselamatan semua pihak, susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Bagi pelajar yang sudah berada di kampus dan mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing dan pihak IPT diminta membantu segala keperluan pelajar ini. dan sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus dan sesi pengajaran serta pembelajaran boleh dirujuk terus kepada IPT masing-masing.

Sehubungan dengan itu, semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat. ini berikutan kes COVID-19 mencatatkan peningkatan mendadak,

Selain itu, semua program atau aktiviti yang membabitkan himpunan di dalam kampus dicadangkan supaya ditangguhkan dahulu. Syarikat penerbangan juga sudah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar terutama yang sudah membeli tiket untuk pulang ke kampus masing-masing sehingga 31 Disember ini.

Keprihatinan dan kepekaan semua pihak dalam menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan pelajar serta masyarakat amat diperlukan dalam menghadapi situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19 ini.