Input your search keywords and press Enter.

SJR Dikuatkuasakan Tengah Malam Ini Di Penampang

M Update, 2/10/2020 Polis Penampang akan menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal pergerakan rentas sempadan antara beberapa daerah berhampiran dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Bagi mereka yang tinggal di daerah lain tetapi perlu berada di sini, mereka perlu mendapatkan surat pengesahan daripada majikan masing-masing. Begitu juga sebaliknya masyarakat di daerah ini yang mahu keluar daerah diminta supaya mendapatkan kebenaran daripada balai polis sebelum meneruskan perjalanan.

Antara yang dibenarkan adalah perkhidmatan penting seperti penghantaran bekalan makanan, perubatan dan berkaitan, alasan berkaitan pekerjaan serta keperluan perubatan ataupun pengurusan jenazah.

Penguatkuasaan itu akan bermula tengah malam ini selaras dengan pengumuman kerajaan Persekutuan mengenai larangan rentas daerah seluruh Sabah, semalam. Bagaimanapun katanya, masyarakat di daerah ini masih boleh merentasi sempadan daerah dengan kebenaran polis atas beberapa alasan munasabah. – Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim