Input your search keywords and press Enter.

PKPB Di Kota Kinabalu, Penampang Dan Putatan

M Update, 5/10/2020 – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Sabah berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam, 7 Oktober ini.

Pelaksanaan PKPB itu adalah bertujuan bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan. Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan dibenarkan. – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob