Input your search keywords and press Enter.

Ingkar PKPP: PDRM Tidak Pilih Bulu

M Update, 6/10/2020 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi jaminan semua kes berprofil tinggi membabitkan kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

PDRM sedia maklum mengenai bahayanya penularan COVID-19 dan sentiasa berusaha menguatkuasakan segala perintah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa. Tidak timbul isu polis memilih ‘bulu’ dalam penguatkuasaannya sebagaimana terbukti menerusi statistik ribuan kes tangkapan dan kompaun dikeluarkan setakat ini. Kes-kes berprofil tinggi turut disiasat. – Tan Sri Abdul Hamid Bador

Sehubungan itu beliau menegaskan tidak timbul isu kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan sikap pilih kasih dalam operasi penguatkuasaan bagi menahan dan mengeluarkan kompaun terhadap individu yang ingkar.