Input your search keywords and press Enter.

Perlu Kebenaran Untuk Keluar Dari Kawasan PKPB – Polis Selangor

Foto Hiasan

M Update, 9/10/2020 – Orang ramai yang tinggal di kawasan dilaksanakan sekatan jalan raya di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini, perlu mendapatkan kebenaran polis untuk keluar dari kawasan itu bagi tujuan bekerja dan urusan penting.

Borang kebenaran itu boleh dimuat turun dalam laman Facebook Polis Daerah Klang Selatan. Pelaksanaan sekatan jalan itu diadakan di Bayu Perdana, Sri Andalas serta Bukit Tinggi dalam mukim Klang. – Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin

Bagi memudahkan orang ramai, pihak polis turut menyediakan sebuah balai polis bergerak di kawasan ini untuk mengendalikan borang kebenaran agar mereka tidak bersesak di balai polis berdekatan. Selain itu, mereka juga perlu mengemukakan borang daripada majikan untuk tujuan tersebut.

Setiap permohonan, akan pertimbangkan oleh pihak polis sama ada ia merupakan perkhidmatan perlu atau tidak sebelum kebenaran diberi. Pihak polis amat berharap masyarakat di kawasan berkenaan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Pelaksanaan PKPB adalah bagi membendung penularan COVID-19 di kawasan terbabit, selain bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksana sepanjang tempoh 14 hari.