Input your search keywords and press Enter.

Sesi Menghadap Agong Untuk Guan Eng, Mat Sabu Ditangguhkan

M Update, 14/10/2020 – Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah oleh dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sepatutnya dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, manakala Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, pada 21 Oktober. Namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan baginda memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku ditangguhkan.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” menurut kenyataan itu.

Namun kenyataan itu tidak menyatakan sama ada sessi menghadap pemimpin parti yang lain diteruskan atau tidak.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang Dipertuan Agong semalam dan menyerahkan secara rasmi dokumen sokongan bagi membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti di kalangan Ahli Dewan Rakyat.