Input your search keywords and press Enter.

Pelajar Tingkatan Tiga Dirogol Kenalan FB

M Update, 19/10/2020 – Seorang pelajar tingkatan tiga dirogol oleh lelaki yang baru seminggu dikenali menerusi Facebook (FB) di sebuah hotel di Bahau, tengah malam kelmarin.

Mangsa berumur 15 tahun sebelum itu keluar mengikut suspek berusia 32 tahun dengan menaiki kereta pada jam 12 tengah malam. Katanya, suspek kemudian membawa mangsa ke hotel dan merogol mangsa yang juga pelajar sekolah menengah di daerah ini.

Pada jam 8 pagi suspek dan mangsa keluar hotel. Suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar sekitar bandar Seremban. Suspek kemudian menghantar mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik pulang ke rumahnya pada jam 10 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Hafiz berkata, mangsa seterusnya membuat laporan pada jam 6.55 petang semalam di Balai Polis Bahau. Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa sebelum dia ditahan di hospital berkenaan.

Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan milik keluarganya ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Berdasarkan siasatan mangsa tinggal bersama neneknya di sebuah kampung di Bahau manakala kedua ibu bapanya sudah bercerai.