Input your search keywords and press Enter.

Subang Jaya Diisytihar Bandar Raya

M Update, 20/10/2020 – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) secara rasmi diisytihar sebagai Majlis Bandaraya berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sukacita saya memaklumkan bahawa Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta segala daerah takluknya sudah memberi perkenan untuk MPSJ diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkuat kuasa hari ini. -Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari

Kerajaan negeri merafak sembah takzim dan menjunjung kasih Sultan Selangor di atas perkenan yang sudah diberikan. Dengan pemasyhuran MBSJ, diharapkan pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.

Dengan perkenan oleh Sultan Selangor juga, menurut kuasa-kuasa yang diperuntukkan melalui Subseksyen 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya berkuat kuasa tarikh yang sama.