Input your search keywords and press Enter.

Ada Keperluan PKPP Diteliti Semula – PM Muhyiddin

Foto: FB Perdana Menteri

M Update, 4/11/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan ada keperluan untuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diteliti semula, bagi kawasan yang sedang menghadapi penularan semula wabak COVID-19 terutama di negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Perak.

Perdana Menteri berkata ketika Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) harian mengenai COVID-19 semalam, beliau berbincang mengenai PKPP yang akan berakhir Disember ini, sedangkan situasi semasa masih tidak berubah sehingga ada sesetengah kawasan terpaksa dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perdana Menteri juga melahirkan rasa bimbang berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Johor, yang bertukar daripada zon hijau kepada zon kuning atau merah, walaupun tindakan dan pendekatan secara mitigasi dan intervensi telah dipertingkatkan.

Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai cabaran Pilihan Raya Kecil Batu Sapi yang akan diadakan hujung tahun ini (5 Dis) dan Pilihan Raya Negeri Sarawak dalam situasi COVID-19 yang masih belum reda.