Input your search keywords and press Enter.

Bekalan Darah Sabah Mampu Bertahan Dua Minggu – Masidi

M Update, 5/11/2020 – Bekalan darah di Sabah dijangka hanya mampu bertahan untuk tempoh dua minggu sahaja lagi memandangkan jumlah darah yang digunakan untuk merawat pesakit setiap hari ketika ini agak tinggi, berbanding jumlah darah yang didermakan.

Rakyat di negeri Sabah diminta supaya tampil dan membantu menderma darah di pusat-pusat tabung darah hospital berdekatan. – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Masidi Manjun

Jumlah bekalan darah semakin berkurangan kerana secara purata sebanyak 220 unit darah digunakan setiap hari, tetapi hanya menerima derma harian sekitar 150 unit. Masalah kekurangan bekalan darah di negeri ini berlaku kerana orang ramai bimbang untuk keluar menderma ketika COVID-19, dan pihaknya telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan keselamatan penderma terpelihara, di samping memudahkah mereka menderma.

Jika simpanan darah terus berkurangan, ia akan membimbangkan kerana bekalan darah berterusan ini amat penting bagi kesinambungan kesihatan pesakit, seperti mereka yang menghidap talasemia dan wanita bersalin. – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Masidi Manjun