Input your search keywords and press Enter.

Semua Masjid KL, Putrajaya Disaran Laksana Solat Hajat Hari Ini Hingga Isnin – JAWI

M Update, 6/11/2020 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau diri Jumaat sementara di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat hajat. Semoga doa yang dimunajatkan dengan penuh keikhlasan, rendah diri, keyakinan dan pengharapan diperkenan oleh Allah SWT. .

Malaysia mencatat jumlah kes baharu lebih 1,000 untuk tiga hari berturut sejak 3 Nov dengan jumlah kes semalam sebanyak 1,009 kes.

Saranan bagi memohon perlindungan Allah SWT itu, susulan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi dan membimbangkan di negara ini sejak beberapa hari lepas. Disarankan solat hajat dilakukan esok (6 Nov) selepas solat Jumaat dan 7 hingga 9 Nov selepas Solat Maghrib di semua masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur dan Putrajaya. – Pengarahnya Mohd Ajib Ismail