Input your search keywords and press Enter.

Piala Malaysia 2020 dijangkiti COVID-19

Peminat bolasepak di Malaysia memberikan pelbagai reaksi apabila Kejohanan Piala Malaysia 2020 dibatalkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Ada yang bersetuju dengan tindakan tersebut demi keselamatan pemain dan pegawai pasukan. Namun, lebih ramai yang terkejut dan kecewa dengan keputusan MFL ini. Bagi mereka, tindakan MFL seperti orang yang cepat mengalah.

Alangkah baiknya jika MFL bertenang seketika dan hanya membuat keputusan selepas 16 November iaitu 7 hari dari tarikh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh Semenanjung (kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang). Ini kerana Kerajaan hanya menyatakan penangguhan kejohanan. Malah, Kerajaan berjanji sekiranya penularan wabak itu dapat dikawal, saingan bola sepak itu mungkin boleh diteruskan.

Alasan MFL ialah Kejohanan Piala Malaysia 2020 perlu selesai sebelum 30 November 2020. Ini kerana kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada tarikh tersebut.

Bagi peminat bolasepak, MFL diharap dapat mengemukakan sekali lagi rayuan kepada Kerajaan bagi meneruskan Kejohanan berkenaan mulai 23 November 2020 iaitu selepas 14 hari PKPB dilaksanakan. Mungkin kesemua baki tujuh perlawanan boleh dibuat dalam tempoh tujuh hari mulai 23 November dengan perlawanan akhir berlangsung pada 30 November 2020. Semua perlawanan boleh diadakan di satu negeri yang tidak terlibat dengan PKPB iaitu sama ada di Perlis, Kelantan dan Pahang. Pada masa yang sama, semua pasukan boleh dikuarantin dahulu mulai tarikh ini di negeri di adakan kejohanan berkenaan sebelum memulakan perlawanan pada 23 November 2020.

Janganlah kerana MFL yang terlalu drastik membuat keputusan, Kerajaan pula yang menjadi mangsa kutukan dan belasahan peminat bolasepak negara.

Perkara boleh bincang, maka bincanglah lagi. Kita bincang sambil makan asam pedas. 

ASAM PEDAS