Input your search keywords and press Enter.

Aktor Kamen Rider Dipercayai Bunuh Diri

M Update, 17/11/2020 – Bintang Kamen Rider, Akira Kubodera, 43, ditemui mati dipercayai membunuh diri di kediamannya di Tokyo, Jumaat lalu.

Menerusi laporan The Independent, berita pemergiannya itu disahkan agensi miliknya dalam satu kenyataan, Sabtu lalu, sehari selepas kematiannya. Aktor kelahiran Jepun ditemui koma di apartmen di Tokyo, namun disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital. Siasatan lanjut polis mengesahkan, Kubodera mati akibat membunuh diri.

Kematian Kubodera cukup mengejutkan dan tidak dapat diterima oleh keluarga dan rakan-rakannya.

Kubodera berkahwin dengan aktres, Yuko Omori dan memiliki seorang cahaya mata perempuan. Pendapatannya dikatakan terjejas ekoran pandemik COVID-19, selepas kekurangan tawaran lakonan. Minggu lalu, Kubodera ada mempromosikan satu naskhah yang akan dijalankan pada Januari depan menerusi laman sosialnya.

Kubodera yang popular menerusi tiga siri drama Kamen Rider iaitu karakter Kanai dalam Kamen Rider Blade, Aberu (Kamen Rider Kiva) dan Doktor Fujita (Kamen Rider OOO).

Beliau juga pernah muncul dalam filem Strawberry Night (2013) bersama mendiang Yuko Takeuchi dan siri televisyen, Last Cinderella (2013) bergandingan bersama mendiang Haruma Miura. ndustri seni di Jepun melaporkan kehilangan beberapa selebriti dipercayai akibat membunuh diri.