Input your search keywords and press Enter.

Zon Merah: Sabah Benar 40 Jemaah Solat Jumaat

M Update, 25/11/2020 – Semua masjid dan surau dalam zon merah dan jingga COVID-19 di Sabah dibolehkan beroperasi dengan kehadiran sehingga 40 jemaah bagi menunaikan solat Jumaat bermula Jumaat ini.

Mulai hari ini juga, semua masjid dan surau dalam zon kuning serta hijau dibenarkan beroperasi dengan kehadiran satu pertiga daripada kapasiti ruang ibadat bagi solat Jumaat, manakala sehingga 40 orang bagi solat fardu lima waktu.

Kebenaran itu berkuat kuasa semalam hingga 6 Disember depan selaras kelonggaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini. Manakala, bagi solat fardu lima waktu, masjid dan surau di kawasan itu dibenar mengadakan solat berjemaah yang dihadiri sehingga 30 orang bermula hari ini. – Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bongsu Aziz Jaafar

Dua minggu lalu, masjid dan surau dalam zon merah dan jingga hanya dibenarkan mengadakan solat berjemaah dengan kehadiran tiga orang selepas sebulan larangan aktiviti ibadat di masjid dan surau berikutan PKPB.