Input your search keywords and press Enter.

JKM Cari Waris Warga Emas Yang Terlantar Di HTAN

Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Pilah sedang mengesan waris Fatimah Ammuni Abdullah yang kini terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

M Update, 17/12/2020 – Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Pilah sedang mencari waris seorang wanita warga emas yang terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah sejak 29 November lalu.

Pegawai warga emas JKM daerah Kuala Pilah, Mohd Ikram Ismail, berkata Fatimah Ammuni Abdullah , 78, sedang dirawat di hospital itu sejak 29 November lalu akibat sakit sendi di kedua-dua belah kakinya.

“Fatimah sering mendapatkan rawatan di HTAN namun kali, keadaanya serius dan tidak boleh bergerak.

“Berdasarkan maklumat, dia dikatakan berasal dari daerah ini dan sudah berpisah dengan suaminya.

“Mengikut rekod, dia mempunyai enam orang anak namun dipercayai sudah berpindah keluar dari daerah ini dan terputus hubungan,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Ikram berkata, usaha untuk mendapatkan maklumat daripadanya agak sukar kerana dia mempunyai masalah pertuturan.

“Saya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris wanita ini, diminta menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah di talian 06-4811163,” katanya.