Input your search keywords and press Enter.

Keluarga Asnaf Dapat Bantuan Persekolahan Percuma – MAIWP

Keluarga asnaf yang mendapat mendapat bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pakaian dan peralatan sekolah, mulai hari ini boleh mendapatkan kelengkapan itu dengan ‘membeli tanpa membayar’ di pasar raya dan kedai terpilih. 

M Update, 23/12/2020 – Keluarga asnaf yang mendapat mendapat bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pakaian dan peralatan sekolah, mulai hari ini boleh mendapatkan kelengkapan itu dengan ‘membeli tanpa membayar’ di 46 pasar raya dan kedai terpilih di Putrajaya, Labuan dan ibu negara.

MAIWP dalam satu hantaran di Facebook, berkata bagi memudahkan keluarga asnaf untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan sesi persekolahan 2021, mereka hanya perlu ke pasar raya terbabit dan memilih sendiri barangan yang diperlukan.

“Senarai barangan diperlukan adalah berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh MAIWP mengikut kadar ditetapkan.

“Mereka pulang dengan hati gembira tanpa perlu membuat bayaran. Proses penebusan sudah boleh dibuat mulai hari ini, 23 Disember sehingga 30 April 2021,” kata MAIWP.

Seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf di tiga Wilayah Persekutuan diberikan pakaian dan peralatan sekolah oleh AIWP dalam program Kasih Asnaf Back To School.

Menyentuh mengenai kadar bantuan yang ditetapkan, pada sesi persekolahan 2021, MAIWP mengeluarkan secara keseluruhannya sebanyak RM9.13 juta dana zakat.

Penerima bantuan boleh melayari pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/…/maiwp-kasih-asnaf…/ untuk membuat semakan.