Input your search keywords and press Enter.

Pesara Wanita Ditipu RM87,400, Sindiket Love Scam

Seorang lelaki menyamar memiliki projek minyak dan gas di Terengganu.

M Update, 24/12/2020 – Seorang pesara wanita di sini terpaksa ditipu RM87,400 selepas diperdaya sindiket Love Scam yang menyamar sebagai lelaki warganegara Amerika Syarikat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia berusia 60 tahun berkenalan dengan suspek pada Oktober lalu, di laman sosial Facebook.

“Suspek memaklumkan akan bera da di Malaysia selama tiga tahun kerana mempunyai projek dengan syarikat minyak di Terengganu.

“Tidak lama kemudian suspek memaklumkan dikuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan mahu meminjam wang daripada mangsa untuk menanggung kos perbelanjaan lapan orang pekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, suspek juga mendakwa akan membayar wang itu kembali selepas selesai kuarantin berkenaan.

“Pada 30 November sehingga 18 Disember lalu, mangsa memasukkan wang ke dalam tiga akaun berbeza berjumlah RM87,400 melalui sembilan transaksi.

“Selepas memasukkan wang, suspek masih meminta memasukkan wang lagi sebanyak RM13,000, namun wanita itu enggan. Mangsa rasa tertipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.