Input your search keywords and press Enter.

Air Selangor : Paip Pecah, Bekalan Air Pulih Sepenuhnya

M Update, 30/12/2020 – Kesemua 72 kawasan yang terjejas di Petaling susulan paip utama di bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 pecah pagi semalam, menerima bekalan air sepenuhnya sehingga jam 7 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, Klang/Shah Alam pula masih dalam proses pemulihan bekalan air dengan 84 peratus daripada 58 kawasan yang terjejas sudah menerima bekalan air.

“Sembilan lagi kawasan di Klang/Shah Alam yang belum pulih adalah Jalan Raja Lumu, Jalan Kem, Kampung Kastam, Kampung Pendamar, Pandamaran, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Berembang, Taman Pendamar Indah dan Taman Suria Pendamar.

“Kesemua kawasan ini akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual berkenaan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dan status terkini bekalan air menerusi laman sesawang Air Selangor diĀ www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Semalam, 130 kawasan di Klang/Shah Alam serta Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai jam 1 tengah hari selepas paip utama di Seksyen 15 pecah.