Input your search keywords and press Enter.

KWSP Tetap Tarikh Baru, Kepada Majikan Buat Caruman

BuM Update, 30/12/2020 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan semula tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib kepada 15 haribulan bermula Januari 2021.

KWSP dalam kenyataannya berkata, langkah itu selaras dengan tarikh asal bayaran caruman yang ditetapkan KWSP.

Dana persaraan pekerja swasta itu sebelum ini melanjutkan tarikh bayaran caruman berkenaan kepada 30 haribulan bagi bulan April 2020 hingga Ogos 2020, sebelum sekali lagi bertindak melanjutkan tarikh caruman wajib itu bagi bulan September 2020 hingga Disember 2020.

“KWSP sebelum ini melanjutkan tarikh bayaran caruman berkenaan dengan tujuan untuk meringankan beban majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19.

“Tarikh pembayaran caruman dikembalikan kepada tarikh asal bagi memastikan caruman pekerja dibayar tanpa kelewatan,” katanya.

KWSP berkata, majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman web KWSP, perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik.