Input your search keywords and press Enter.

Banjir : Mangsa Banjir Di Perak Meningkat

M Update, 05/01/2021 – Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,237 mangsa membabitkan 287 keluarga setakat jam 8 pagi tadi berbanding 1,010 daripada 263 keluarga, semalam.

Kesemua mereka ditempatkan di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, berkata Daerah Hilir Perak mencatat jumlah tertinggi setakat ini dengan 557 mangsa daripada 156 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.

“Bagi Daerah Muallim, bilangan mangsa meningkat kepada 554 mangsa daripada 118 keluarga manakala, di Kampar 75 mangsa daripada 21 keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, bagi daerah Sungai Siput pula mangsa kekal seramai 51 daripada 11 keluarga.