Input your search keywords and press Enter.

Liverpool Beri Peluang Pada Manchester United

M Update, 18/01/2021 – Manchester United diberitahu bahawa mereka boleh mengambil kesempatan terhadap Liverpool ketika kedua-dua pasukan akan bertembung tengah malam Ahad (semalam).

Bekas pemain tengah Reds, Jason McAteer mendakwa skuad kendalian Jurgen Klopp berada dalam keadaan ‘rapuh’ selepas mempamer aksi buruk kebelakangan ini.

United mengatasi Liverpool untuk kedudukan teratas liga selepas kemenangan tipis 1-0 mengatasi Burnley.

Dan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer boleh mengukuhkan kedudukan selaku pencabar gelaran ketika kedua-dua pasukan bertemu di Merseyside.

Namun bekas pemain Liverpool, McAteer memberi amaran bahawa Liverpool masih tidak panik jika mereka kalah kepada pencabar utama itu minggu ini.

Dia memberitahu FreeSuperTips: “Jika Manchester United ke Anfield pada Ahad dan menewaskan Liverpool, gelaran Liga Perdana tidak dimenangi pada Januari, jadi saya rasa tidak banyak panik sekitar Liverpool.

“Liverpool berada dalam keadaan rapuh dan bukan dalam prestasi terhebat.

“Ini kerana mereka letih dalam aspek fizikal dan mental ketika skuad mengalami begitu banyak kecederaan.

“Satu perkara yang membimbangkan saya mengenai Manchester United ialah walaupun mereka tidak memiliki pasukan terbaik atau terhebat dalam skuad, dalam aspek pertahanan mereka sangat terdedah.

“Mereka memiliki rekod pertahanan terburuk daripada 11 pasukan, melepaskan 24 gol.

“Tapi meraka tetap mendapat keputusan yang baik, sama seperti terjadi dalam kemenangan mengatasi Burnley yang menguntungkan mereka.

“Manchester United tidak berdepan sebarang kecederaan besar musim ini.

“Ole Gunnar Solskjær sentiasa boleh memilih daripada kelompok besar pemain dan tidak kehilangan pemain utama seperti Bruno Fernandes, Harry Maguire, Marcus Rashford, Scott McTominay dan Fred.” – Agensi