Input your search keywords and press Enter.

466 Mangsa Banjir Masih Berada Di 4 PPS Di Pahang

M Update, 19/01/2021 – Seramai 466 mangsa banjir daripada 118 keluarga masih berada di empat pusat penempatan sementara (PPS) di Kuantan dan Pekan, setakat 5 petang ini.

Jumlah itu menurun daripada 678 mangsa daripada 185 keluarga di enam PPS pada 9 pagi tadi menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kuantan mencatat 337 mangsa daripada 90 keluarga, manakala Pekan pula merekodkan 129 mangsa daripada 39 keluarga.

Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan hanya Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis melepasi paras bahaya, manakala Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan berada pada paras berjaga-jaga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Pahang hingga esok.