Input your search keywords and press Enter.

Hujan Lebat : Jalan Di Paitan Alami Tanah Tuntuh

M Update, 20/01/2021 – Jalan utama di Paitan, Beluran mengalami tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan malam tadi menyebabkan bangunan Jabatan Air Paitan tergelongsor.

Ketika mengesahkan kejadian itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Rastam Keladi berkata Jalan Nangoh Paitan Kanibungan terputus dan tidak boleh dilalui melibatkan 80 meter anggaran jarak yang rosak akibat tanah runtuh itu.

Katanya sepasukan anggota dari balai itu sedang respons ke tempat kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi.

“Tindakan awal pihak kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya Sabah lakukan ialah dengan meletakkan bendera di kawasan terjejas dan papan tanda memaklumkan jalan ditutup.

“Berikutan kejadian itu, pengguna dinasihati menggunakan laluan alternatif iaitu jalan lama ke Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian itu.