Input your search keywords and press Enter.

Pembantu Perubatan Maut Jatuh Bangunan Hospital Di Ipoh

Pembantu perubatan maut jatuh bangunan hospital di Ipoh.

M Update, 21/01/2021 – Seorang pembantu perubatan maut, selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, lewat petang semalam.

Sebelum terbabit dalam kejadian itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dikatakan mempunyai masalah kesihatan dan tidak mahu membebankan keluarganya.

Lelaki berasal dari Chemor itu meninggalkan nota pesanan yang dia tidak lagi mampu mengharungi kehidupan dengan masalah kesihatan yang dialaminya.

Menerusi nota berkenaan, lelaki yang masih bujang itu memohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, said mayat lelaki terbabit yang memakai pakaian seragam warna biru ditemui di ruang letak motosikal hospital itu oleh pengawal keselamatan.

Beliau berkata, mangsa ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan parah di kepala dan badan kira-kira jam 6.45 petang semalam.

“Seorang petugas hospital itu mengesahkan lelaki terbabit adalah rakannya. Dia juga menemui nota ditinggalkan mangsa dalam beg bersama kad kaunseling masalah kesihatan.

“Saksi juga mengesahkan yang mangsa bertugas 24 sebelum terbabit dalam kejadian itu yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Beberapa rakan mangsa yang ditemui di Unit Forensik HRPB mengesahkan lelaki terbabit kelihatan mengalami kemurungan sejak beberapa hari lalu.

Mangsa yang sudah bertugas di hospital berkenaan lebih setahun lalu, dikatakan merancang untuk berkahwin pada Mei depan.