Input your search keywords and press Enter.

MARA: Pinjaman Pelajaran Pernah Ditawarkan Kepada Alya

M Update, 10/2/2021 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil maklum dakwaan seorang bekas pelajar Kolej Profesional Mara, KPM yang tidak dapat menunaikan hasrat menyambung pengajian di luar negara seperti yang ditawarkan sebelum ini, kerana masalah kewangan.

MARA dalam satu kenyataan memaklumkan, pelajar berkenaan, Nurul Asma Alya Mohamad Zainal Abidin, telah ditawarkan pinjaman pelajaran MARA secara bersyarat, bagi mengikuti Program Lepasan Diploma Cemerlang di bawah Skim IPMA Excellent Students’ Programme (IESP) Ambilan Kedua Tahun 2020.

“Ia merupakan syarat yang ditetapkan kepada semua para pelajar yang ditawarkan iaitu menduduki peperiksaan International English Language Testing System (IELTS).”Alya telah menduduki peperiksaan itu bagaimanapun, tidak perolehi syarat keputusan IELTS yang telah ditetapkan,” jelas kenyataan itu,

Susulan itu, MARA telah menawarkan sekali lagi kepada pelajar berkenaan untuk menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara dengan memberi pinjaman boleh ubah. Bagaimanapun jelas kenyataan itu, pelajar berkenaan lebih berminat untuk mendapatkan biasiswa dari agensi lain bagi menyambung pengajiannya berbanding pinjaman boleh ubah yang MARA tawarkan. Pelajar berkenaan meraih 3.95 CGPA pada peperiksaan akhir Mei tahun lepas.

Kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kali ini, turut menyebabkan mereka sekeluarga hilang punca pendapatan bahkan ada kala terpaksa mengikat perut kerana terputus bekalan makanan. Penutupan kantin sekolah pada waktu PKP menyebabkan ibunya tidak dapat bekerja.

Alya merupakan bekas pelajar Diploma in Accounting, KPM Indera Mahkota, Kuantan, Pahang yang mana sepanjang mengikuti pengajian itu, dibiayai sepenuhnya oleh MARA, dengan kerajaan menanggung sepenuhnya termasuk elaun bulanan sebanyak RM300.

MARA sememangnya sentiasa prihatin terhadap para pelajar, terutamanya dalam kalangan keluarga B40 dan telah berusaha memberikan tawaran pengajian terbaik untuk pelajar ini, tertakluk kepada bidang kuasa dan program sedia ada yang boleh ditawarkan.

Nurul Asma Alya sebelum ini pernah meminta bantuan instafamous bagi mendapatkan bantuan barangan keperluan selepas keluarga ini terputus bekalan makanan sejak beberapa hari lepas.