Input your search keywords and press Enter.

Pembayaran BPR Fasa I Mulai Hari Ini

M Update, 24/02/2021 – Pembayaran Fasa I Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan dari Mei depan kepada penghujung Februari ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pembayaran itu akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini bagi membantu kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Seramai 4.4 juta daripada 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran RM300 setiap penerima bagi kategori isi rumah manakala 4.05 juta penerima akan mendapat bayaran RM150 seorang bagi kategori individu bujang.

Bagi isi rumah dan individu bujang akan menerima bayaran yang terus dikreditkan ke akaun bank manakala penerima tidak mempunyai akaun bank, boleh ambil bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Jumaat ini.

Manakal penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan menerima bayaran di lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0), antara 1 Mac hingga 1 April depan,” katanya semalam dalam satu kenyataan.