Input your search keywords and press Enter.

Tiada Perbincangan Buka Semula Sempadan – Ismail Sabri

M Update, 26/02/2021 – Kerajaan belum berbincang untuk membuka semula sempadan negara, meskipun program vaksinasi COVID-19 mula dilaksanakan di Malaysia dan negara lain.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata masih terlalu awal untuk mengadakan perbincangan mengenai kewajaran membuka sempadan negara.

“Mungkin terlalu awal untuk kita nak buat keputusan dari segi pembukaan sempadan kerana semalam hari pertama pelaksanaan vaksin.

“Masih juga terlalu awal untuk kita letakkan sama ada nak buka sempadan atau tidak. Kita pun belum ada keputusan dan perbincangan tentang nak buka semula sempadan,” katanya pada sidang media.

Mengenai pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19, Ismail Sabri berkata, pelaksananaan langkah itu akan diumumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atau Kementerian Kesihatan (KKM).

Kerajaan juga sedang berusaha mendapatkan maklum balas dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai pasport vaksin.

Kita belum ada tarikh tetap lagi. Kita baru mula dengan vaksin semalam. Insya-Allah, kita akan lihat perkara ini sama ada pasport vaksin akan dikeluarkan mungkin akan diumumkan oleh MOSTI atau KKM.

“Kita tahu negara mana menerima (vaksin). Ada belum tahu lagi jenis vaksin apa diterima negara luar,” katanya.

Ahad lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pasport vaksin sedang diperhalusi oleh KKM dan MOSTI.