Input your search keywords and press Enter.

Admin

4135 Articles0 Comments

Pesara, Bekas, Petugas Polis Perlu Kemas Kini Maklumat Untuk Bantuan RM500

M Update, 16/02/2021 – Pesara, bekas dan juga petugas polis era darurat yang menerima pembayaran RM500 secara sekali beri perlu mengemaskinikan maklumat peribadi dalam sistem laman web e-pesara polis iaitu epesara@rmp.gov.my. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata bagi memudahkan pesara polis, bekas polis dan petugas polis untuk mengemas kini maklumat dalam sistem berkenaan, polis Kuala Lumpur…

Vaksin COVID: Lima kaedah Pendaftaran Disediakan

M Update, 16/2/2021 – Kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di negara ini. Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan VaksinCOVID-19 (JKJAV) hari ini, dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera…

SOP Ibadah Haji Dikemas Kini Penuhi Syarat Arab Saudi

M Update, 16/2/2021 – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada Kerajaan Arab…

Saringan Sejarah Kesihatan Dilakukan Sebelum Layak Terima Vaksin

M Update, 16/2/2021 – Saringan alahan dan sejarah kesihatan lain akan dilakukan sebelum seseorang vaksin disahkan layak untuk menerima vaksin. Ini bagi memastikan individu yang tidak sesuai menerima vaksin, tidak diberi suntikan vaksin COVID-19. Selepas seseorang penerima diberikan suntikan vaksin, pemantauan akan dibuat selama 15 hingga 30 minit di pusat…

Malaysia Terima Vaksin Lebih Awal – PM

M Update, 16/2/2021 – Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal iaitu pada 21 Februari ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setibanya vaksin Covid-19 itu, akan bermula pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi fasa pertama pada 26 Februari. “Fasa pertama akan membabitkan saya sendiri bersama petugas barisan…

Presiden PAS Dirawat Di IJN, Berada Dalam Keadaan Stabil

M Update 16/2/2021 – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat selepas dilapor mengalami sesak nafas malam tadi. Perkara tersebut disahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi melalui laman Facebooknya. “Saya baru bercakap dengan ayahanda…

PM Lancar Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Hari Ini

M Update, 162/2021 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik COVID-19. Majlis pelancaran berkenaan dijadual bermula 9.30 pagi ini yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia dan beberapa stesen televisyen tempatan…

Ketahui Hak Anda Ketika Sekatan Jalan Raya

Apa hak anda sebagai orang awam sekiranya polis menghentikan kenderaan anda ketika sekatan jalan raya? “Jika seseorang itu tiada lesen tetapi mempunyai kad pengenalan, saman boleh dikeluarkan tetapi bukan untuk ditahan kerana ia bukan kesalahan yang membolehkan kita ditangkap atau diminta nombor telefon peribadi,” jelas Pensyarah Fakulti Undang- Undang Universiti…

Nasihat Calon SPM Tenang Jawab Soalan – Radzi Jidin

M Update, 15/2/2021 – Datuk Dr Radzi Jidin berharap calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya sentiasa tenang dan terus berusaha untuk menjawab yang terbaik dalam setiap subjek diambil. Menteri Kanan (Pendidikan) itu berkongsi rasa calon SPM kali ini berdepan dugaan besar dalam menghadapi peperiksaan berikutan kekangan akibat pandemik COVID-19…

RUU Gangguan Seksual Dijangka Siap Mac Ini – Rina

M Update, 15/2/2021 – Rang undang-undang (RUU) berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini dan dijangka akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, draf rang undang-undang itu, kini pada peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Penguam Negara. Draf…