M Update, 29/10/2019 – Seramai 2,371 mangsa banjir daripada 657 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Johor, sehingga jam 8 pagi tadi. Jumlah itu meningkat 400 orang berbanding 1,971 mangsa daripada 576 keluarga di lima negeri, sehingga jam 8 malam tadi.…
M Update, 29/10/2019 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 1,344 saman bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi bermula Januari sehingga September tahun ini. Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, daripada jumlah itu, 344 notis dikeluarkan kepada penunggang motosikal, 905 saman membabitkan kereta dan 95 untuk kenderaan lain.…
M Update, 29/10/2019 – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta rakyat mengubah mentaliti jika ingin mengelak bencana terutama banjir kilat berulang di kawasan mereka. “Kita tahu mengenai risiko banjir setiap kali musim Monsun Timur Laut melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung, namun ia juga berkaitan dengan sikap tidak…
M Update, 25/10/2019 – Tanpa disedari ramai, ‘diplomasi sambal belacan’ secara tidak langsung telah menjadi instrumen mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura. Perkara itu akhirnya diketahui umum apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkongsi kisah menarik mengenai sambal belacan hasil air tangannya yang digemari seorang…
M Update, 25/10/2019 – Polis membenarkan ahli keluarga terdekat tahanan disyaki ada hubungan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bertemu sempena Deepavali. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, mereka dibenarkan bertemu di pusat tahanan Ahad ini sempena perayaan Deepavali. Bagaimanapun kita hanya benarkan keluarga terdekat…
M Update, 25/10/2019 – Seramai 420 mangsa daripada 101 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri yang dilanda banjir setakat jam 8 pagi tadi. Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), di Johor, seramai 214 mangsa banjir daripada 49 keluarga telah dipindahkan ke empat PPS. Pusat terbabit…
M Update, 25/10/2019 – Genap 20 hari hajat Ahmad Danial Ahmad Suhairi, 7, yang menghidap kanser otak tahap empat untuk menjadi anggota bomba tercapai, namun hari ini dikhabarkan pemergian ‘bomba cilik’ itu menghadap Ilahi. Berita sedih itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook Pengerusi Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (Pesona), Wan Shahriza Wan…
M Update, 25/10/2019 – Sembilan puluh empat mangsa daripada 32 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Baling, selepas kampung mereka dilanda banjir semalam. Ini adalah kejadian banjir yang keempat melanda daerah berkenaan dalam tempoh sebulan. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, mangsa mula…
M Update, 25/10/2019 – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bersama objek yang dipercayai sebutir bom tangan dalam sebuah kereta di persimpangan empat lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, berkata suspek lelaki berumur 19…
M Update, 25/10/2019 – Hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan digunakan di Malaysia. Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Nurulhana Borhan, berkata piawaian itu ditetapkan oleh Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak…