Input your search keywords and press Enter.

Puma Loqo

213 Articles0 Comments

FDI suku pertama melonjak 73.4%

Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) diluluskan bagi suku pertama 2019 melonjak 73.4 peratus kepada RM29.3 bilion berbanding RM16.9 bilion pada tempoh sama tahun lalu. MoF berkata, FDI yang diluluskan untuk semua sektor bernilai RM29.3 bilion bagi suku pertama 2019 ini dijangka akan mewujudkan lebih daripada 41,200 peluang pekerjaan baharu yang…

Penyerang masjid Christchurch buat pengakuan hari ini.

WELLINGTON: Suspek penyerang dua masjid Christchurch, Brenton Tarrant membuat pengakuan tidak bersalah hari ini atas beberapa tuduhan membunuh dan aktiviti keganasan serta akan dibicarakan pada tahun depan berhubung insiden tembakan besar-besaran yang menggemparkan rakyat New Zealand. Dalam serangan 15 Mac lalu disiarkan secara langsung di Facebook, Tarrant, pengganas kulit putih…

B20 bakal berada di stesen minyak seluruh negara.

Kerajaan malaysia berhasrat untuk memasarkan biodesel B20 di stesen minyak seluruh negara kerana ia merupakan mekanisme dalam mengawal industri yang berasaskan komoditi negara iaitu kelapa sawit. Walau bagaimanapun Menteri Industri Utama Teresa Kok menyatakan perlaksanaan cadangan itu akan diumumkan selepas perbincangan dibuat bersama syarikat petroleum, pengeluar dan pengeksport kereta serta…

Ringgit Dibuka Lemah

KUALA LUMPUR: Ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Khamis apabila pelabur menjangkakan perang perdagangan antara AS dan China akan bertambah meruncing, kata peniaga. Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1620/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 pada penutupan Rabu. Presiden Donald Trump dilaporkan memberi tahu media Rabu bahawa…

PROTON bentuk usaha sama dengan Altel

Proton Edar Sdn Bhd yang merupakan pengedar kereta dan aksesori PROTON Holdings Bhd membentuk usaha sama baharu dengan salah satu firma China, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co Ltd. Pembentukan tersebut akan memberi manfaat kepada syarikat itu terutamanya dalam bidang teknologi digital dan sistem sambungan kerana kini…

Crest Builder minat sertai projek berkaitan ECRL

KUALA LUMPUR: Crest Builder Holdings Bhd berhasrat membida projek-projek bukan infrastruktur Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) seperti stesen depoh di Negeri Sembilan dan Pahang Barat. Syarikat itu mengambil bahagian dalam proses kelayakan awal Mei lalu, dengan keputusan yang akan diumumkan menjelang akhir tahun ini, kata Pengarah Urusannya, Eric Yong Shang…

Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka siap September 2020

Salah satu daripada projek Melaka Gateway iaitu Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka yang bernilai RM682 juta dijangka siap pada September 2020. Ketua Pegawai Eksekutif pemaju projek pelabuhan laut dalam KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Michelle Ong, berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk telah bermula kelmarin dan ini adalah kritikal kerana cerucuk ujian,…

SME Corp menggalakkan usahawan Bumiputera sertai eksport antarabangsa

SME Corp menggalakkan usahawan Bumiputera menyertai program Galakan Eksport Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka sehingga peringkat antarabangsa. Permohonan usahawan bagi program tersebut begitu rendah dan setakat ini daripada 1 juta usahawan Bumiputera SME, hanya 20 peratus yang menyertai usahawan eksport antarabangsa manakala 30 peratus menyertai pasaran domestik. Peratusan penyertaan dalam…

Ringgit jatuh paras terendah dalam setahun setengah

Ringgit jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh setahun setengah berikutan kebimbangan perang perdagangan yang lebih meluas. Sentimen pasaran terjejas selepas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi Twitternya bahawa tarif 5% akan dikenakan terhadap semua barangan dari Mexico bermula 10 Jun 2019. Trump berkata tarif itu akan meningkat beransur-ansur…

Tun M bimbang ramai hilang pekerjaan daripada penggabungan Telenor dengan Axiata

Baru-baru ini wakil pejabat Perdana Menteri mengesahkan tentang kebimbangan beliau berhubung pemotongan pekerjaan selepas Bloomberg cuba mendapatkan ulasan. Wakil itu, yang meminta tidak disebutkan namanya, merujuk kepada dasar tetapi tidak memberikan butiran lanjut. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad meminta lebih banyak perincian berhubung penggabungan operasi telekomunikasi…