Input your search keywords and press Enter.

Shabita Kamil

737 Articles0 Comments

Penasihat kanan Trump guna video palsu kecam ahli Kongres Islam

M Update, 08/05/2019 – Penasihat kanan kempen pemilihan semula Presiden Donald Trump pada 2020, Katrina Pierson, menggunakan video pelancaran roket di Ukraine untuk mengecam Ahli Kongres Democrat, Ilhan Omar, menerusi Twitter Sabtu lalu, dengan mendakwa ia adalah bedilan roket ke Israel dari Semenanjung Gaza. Pierson, yang menjadi jurucakap bagi kempen…

Lelaki mengaku ‘jual’ kanak-kanak perempuan bawah umur

M Update, 08/05/2019 – Seorang lelaki penduduk California yang didakwa mengendalikan rangkaian jenayah pemerdagangan kanak-kanak perempuan bawah umur menerusi laman web Backpage.com (Backpage), mengaku bersalah terhadap beberapa pertuduhan. Ariel Guizar-Cuellar, 38, membuat pengakuan itu di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di San Jose, sekali gus menjadikan ia kes jenayah terbaharu membabitkan…

Iran tuntut kuasa dunia tunai janji

M Update, 08/05/2019 – Iran akan menyambung proses penguraian uranium peringkat tinggi jika kuasa dunia tidak menunaikan janji menurut perjanjian nuklear 2015, kata Presiden Hassan Rouhani hari ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pengunduran Amerika Syarikat daripada perjanjian yang ditandatangani setahun lalu. Dalam ucapan yang disiarkan televisyen tempatan, Rouhani…

Pembangkang Singapura bantah rang berita palsu

M Update, 08/05/2019 –  Parti pembangkang tunggal dalam Parlimen Singapura membantah rang berita palsu kontroversi yang dikritik aktivis hak, wartawan dan firma teknologi ketika perbahasan berhubung perundangan itu masuk hari kedua hari ini. Langkah itu tidak akan menjejaskan undang-undang yang dilihat sebagai memberikan kerajaan lebih kuasa dan menyekat kebebasan bersuara,…

Empat kanak-kanak kritikal dirempuh kereta di Jepun

M Update, 08/05/2019 – Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak cedera parah selepas sebuah kenderaan terbabas dan merempuh sekumpulan murid sebuah pusat asuhan di barat wilayah Shiga Jepun, kata polis. Tidak dapat dipastikan mengapa kenderaan terbabit terbabas dari jalan utama sebelum merempuh sekumpulan kanak-kanak di bandar Otsu. “Kemalangan berlaku di sebuah jalan di…

Seorang maut, 7 lagi cedera dalam insiden tembak di Colorado

M Update, 08/05/2019 – Seorang pelajar terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas dua pelajar lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah sains dan teknologi di Denver sebelum ditahan, kata pihak berkuasa. Difahamkan semua pelajar Sekolah Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Highlands Ranch, pedalaman Denver yang cedera pada awalnya…

Enam Menteri Iraq Bakal Dipecat

M Update, 08/05/2019 – Enam menteri kerajaan Iraq termasuk Menteri Minyak, Thamir Ghadhban dan Menteri Elektrik, Luay Al-Khatteeb, bakal disingkirkan dalam satu rombakan kabinet besar-besaran di sini. Pergolakan dalam kerajaan Perdana Menteri Adel Abdul-Mahdi itu adalah sebahagian daripada kesan pertikaian di antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi mendapatkan kuasa…

Perarakan gajah sempena menghormati Raja Thailand baru

M Update, 08/05/2019 – Sepuluh gajah yang dicat putih berarak hari ini berhampiran Istana Diraja di Bangkok bagi menghormati Raja Thailand yang baru ditabalkan, Raja Maha Vajiralongkorn, sehari selepas upacara pertabalan beliau berakhir. Haiwan itu dan pengendalinya dari Ayutthaya berjalan pada jarak dekat sebelum memberikan penghormatan kepada gambar raja berkenaan.…

Gunung Sinabung sembur debu, asap

M Update, 07/05/2019 – Gunung berapi di Indonesia meletus hari ini, menyemburkan debu dan asap kira-kira 2,000 meter ke udara, menyebabkan beberapa kampung diliputi serpihan. Gunung Sinabung di Sumatera, yang aktif sejak 2010 dan menyaksikan letusan dahsyat pada 2016, mengeluarkan asap tebal selepas aktiviti memuncak sejak beberapa hari lalu. Pegawai…