Input your search keywords and press Enter.

Dunia

6,000 kanak-kanak di Palu masih tinggal di khemah

M-Update,27/3/2019, JAKARTA: Beribu-ribu kanak-kanak masih tinggal di kawasan penempatan sementara selepas enam bulan gempa bumi dan tsunami melanda Palu, kata agensi bantuan hari ini, ketika pihak berkuasa bergelut menguruskan proses pemulihan yang terlalu perlahan. Kira-kira 170,000 penduduk dari Palu dan daerah sekitarnya masih tidak mempunyai tempat tinggal dan seluruh kawasan…

Perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa adalah perjanjian yang menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang diperakukan di Rom, Itali pada 17 Julai 1998, dan mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2002. Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Kerajaan tidak akan menerima “perkara-perkara pelik” yang bercanggah dengan Malaysia sebaliknya, Kerajaan…

Parti pro-junta dahului pilihan raya, lebih 90 peratus undi dikira

M-Update,25/3/2019, BANGKOK: Parti pro-junta Thailand mendahului dengan kejutan ketika hampir semua undi dikira, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) lewat hari ini, mengetepikan lawannya pembangkang pro-demokrasi dalam pilihan raya pertama sejak rampasan kuasa 2014. Parti Phalang Pracharat yang mahu mengekalkan kuasa ketua junta, Prayut Chan-o-cha sebagai Perdana Menteri, memperoleh lebih 7.3…

Mesyuarat tergempar OIC bincang serangan di Christchurch

M Update, 22/3/21019 – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini akan menghadiri Mesyuarat Tergempar Open-Ended Executive Committee Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) peringkat Menteri-Menteri Luar di Istanbul, Turki, yang antara lain akan membincangkan serangan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand. Wisma Putra memaklumkan, Saifuddin akan menyampaikan kenyataan Malaysia…

Harga Tiket Barcelona Mahal, Fans MU Dapat Subsidi

M Update, 22/3/2019 – Manchester United akan meningkatkan harga tiket untuk penyokong Barcelona bagi aksi suku akhir Liga Juara-Juara sebagai subsidi kepada peminatnya yang akan berkunjung ke bandaraya Sepanyol itu. Kelab Inggeris itu, yang memperuntukkan 4,610 tiket bagi aksi pertama diberitahu oleh Barcelona bahawa tiket untuk penyokong pelawat di Nou…

Dr Mahathir tiba di Islamabad, lawatan kerja 3 hari

M Update, 22/3/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba di Pakistan semalam untuk lawatan rasmi tiga hari ke Pakistan. Pesawat membawa pemimpin Malaysia itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan, Rawalpindi, dekat sini, kira-kira jam 7.50 malam waktu tempatan (10.50 malam waktu Malaysia). Ketibaan Dr Mahathir…

Bekas pemimpin Serbia Dihukum Penjara Seumur Hidup

M Update, 21/3/2019 – Mahkamah antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengarahkan bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam Bosnia dalam perang Balkan kira-kira 24 tahun lalu. Karadzic, 73, berdiri kaku dan kelihatan muram selepas hakim menolak rayuannya dan…

TPM : Malaysia terus komited dalam program UNESCO

M Update, 21/3/2019 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakhiri lawatan kerja ke Perancis dengan menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menyokong program Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Lawatan empat hari beliau bermula Ahad lalu yang pertama ke negara ini selepas dilantik…

Jenazah Haziq dikebumi selepas Zohor

M Update, 21/3/2019 – Pengebumian jenazah Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini. Mohd Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika…

Malaysia Johan Debat Bahasa Arab Antarabangsa di Qatar

M Update, 21/3/2019 – Pendebat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama universiti itu dan Malaysia apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) bagi kategori bukan penutur asal Bahasa Arab di Doha, Qatar, hari ini. Menurut kenyataan Pusat Komunikasi Strategik USIM di sini, pasukan…