Input your search keywords and press Enter.

Agama

Hanya 17 Masjid Dibenarkan Solat Tarawih, Jumaat Di Kelantan

M Update, 21/04/2021 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan solat sunat tarawih dan Jumaat serta fardhu hanya dibenarkan di 17 masjid bandar dan jajahan di Kelantan, susulan peningkatan kes COVID-19, berkuatkuasa mulai hari ini. Kesemua masjid berkenaan adalah Masjid Muhammadi Kota Bharu; Masjid Al-Sultan Ismail…

Poligami Kena Ikut Saluran Sah, Betul – Zulkifli

M Update, 30/03/2021 – Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar mengikut saluran yang sah dan betul dalam pernikahan poligami untuk mengelakkan timbulnya sangkaan buruk serta salah sangka dalam kalangan ahli keluarga. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sebaik-baiknya pernikahan itu…

Bakal Jemaah Haji Dinasihat Daftar Suntikan Vaksin

M Update, 26/03/2021 – Semua bakal jemaah haji yang telah menerima surat tawaran bagi ibadah haji tahun lalu dinasihatkan segera membuat pendaftaran bagi menerima suntikan vaksin Covid-19 termasuk mendapatkan suntikan wajib meningococcal. Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ia sebagai persediaan…

Kos Haji 2021 RM25,000

M Update, 26/03/2021 – Kos mengerjakan haji tahun ini, meningkat kira-kira sembilan peratus, daripada RM22,900 kepada sekurang-kurangnya RM25,000 bagi seorang jemaah haji. “Pelaksanaan haji tahun ini agak berbeza berbanding sebelum ini. Kos haji pada 2019 dan 2020 adalah sebanyak RM22,900. Namun, untuk tahun ini ada peningkatan. Selepas mengambil kira beberapa…

Perlis Benarkan Jemaah Rapat Saf Mulai Esok

M Update, 22/03/2021 – Bermula esok, Perlis membenarkan jemaah yang hadir bersama ahli keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini. Bagaimanapun, kebenaran merapatkan saf itu tidak diberi untuk jemaah lain yang masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Raja Muda Perlis, Tuanku…

Solat Di Masjid, Surau WP Dibenarkan Kapasiti Penuh

M Update, 18/03/2021 – Bilangan jemaah bagi solat fardu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter (m) berkuat kuasa hari ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata ketetapan baharu itu dibuat selepas mendapat…

Suntikan Vaksin Covid-19 Tidak Membatalkan Puasa

M Update, 16/03/2021 – Orang ramai diminta tidak perlu gusar atau bimbang untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 sepanjang Ramadan, kerana ia tidak membatalkan puasa. Mana-mana suntikan tidak membatalkan ibadah puasa kerana ia tidak membabitkan rongga terbuka. Malah, ujian swab yang dilakukan di hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.…

Resolusi Isu Kalimah Allah Dimuktamad Hari Ini

M Update, 16/03/2021 – Satu pertemuan dengan mufti di seluruh negara dan pakar undang-undang bagi memuktamadkan resolusi berkaitan isu kalimah Allah akan diadakan hari ini. Menerusi perkongsian di portal al-Bayan, Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata cadangan pertemuan bersama mufti itu dibuat…

Keputusan Menunaikan Haji Diketahui Ramadan Ini – Zulkifli

M Update, 11/03/2021 – Keputusan muktamad mengenai pelaksanaan ibadah haji tahun ini dijangka diketahui sekitar bulan Ramadan setelah mendapat maklum balas rasmi daripada kerajaan Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, jika dibenarkan pelaksanaan rukun Islam kelima itu, pemilihan jemaah Malaysia…