Input your search keywords and press Enter.

Agama

Penganut Kristian Sabah, Sarawak Boleh Guna Kalimah Allah

M Update, 10/03/2021 – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah “Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu untuk mendidik ahli dalam komuniti mereka. Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Nor Bee Ariffin, selepas membenarkan semakan kehakiman oleh Jill Ireland, yang…

Malaysia Dapat Tambahan 10,000 Kuota Haji

M Update, 10/03/2021 – Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah Malaysia. Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di sini. “Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan. Apabila…

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

M Update, 03/03/2021 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan kontroversi dua selebriti membabitkan status gender dan agama. Datuk Dr Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan berkata ia membabitkan tindakan seorang artis yang mendakwa dirinya transgender dan tanpa segan silu menzahirkan rasa bangga menjadi seorang pondan. Beliau berkata, begitu juga…

Sabah Benar Solat Jumaat Ikut Satu Pertiga Kapasiti

M Update, 19/2/2021 – Sabah membenarkan bilangan jemaah solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau diperluaskan kepada satu pertiga daripada ruang solat bermula hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata kebenaran itu diberikan selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menggantikan…

Masjid Di Perlis Dibuka Sepenuhnya Bermula Esok

M Update, 18/2/2021 – Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya bagi aktiviti pengimarahan bermula esok. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah aktiviti pengimarahan termasuk kuliah agama, kelas pengajian dan sebagainya adalah diperkenankan bermula waktu subuh esok. “Semua aktiviti adalah dibenarkan dan perlu patuhi  prosedur operasi standard (SOP)…

Cium Bibir Kanak-Kanak, Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

M Update, 17/2/2021 – Polis menahan seorang pengasas produk kecantikan di ibu negara petang semalam, berhubung dakwaan lelaki itu mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki yang tular di media sosial. Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah…

Tidak Wajar Umat Islam Tolak Vaksin Covid-19

Pengambilan vaksin Covid-19 ketika ini bukan lagi kehendak individu tetapi keperluan yang perlu diutamakan. Pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Norsafina Zainal sehubungan itu berkata, tidak wajar jika umat Islam menolak langkah pencegahan tersebut. Beliau berkata, kebimbangan kesan penggunaan vaksin perlu dilihat secara makro untuk jangka masa…

SOP Ibadah Haji Dikemas Kini Penuhi Syarat Arab Saudi

M Update, 16/2/2021 – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada Kerajaan Arab…

Opah Kini Beragama Islam, ‘Mahu Bertemu Cucu Di Akhirat’

M Update, 10/2/2021 – “Malam tadi (kelmarin) saya mimpi didatangi seorang wanita berpakaian putih, bercahaya mengajak saya masuk Islam. “Badannya, bajunya, mukanya berkelip-kelip, bersinar, dia cakap agar saya jangan risau, dia boleh tolong ajarkan (tentang Islam), lepas tu saya terbangun dan rasa macam tak percaya tetapi sangat gembira,” kata saudara…

Tabung Musa’adah COVID-19 Belanja RM4 Juta Bantu Golongan Memerlukan

M Update, 08/02/2021 – Tabung Musa’adah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Waqaf Malaysia (Jakim-YWM) telah menyalurkan RM4 juta bagi membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata tabung itu secara keseluruhannya telah menerima sumbangan kira-kira…