Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Insiden Culik Jauh Dari Lokasi Pelancongan

M Update, 19/6/2019 – Insiden penculikan terbaharu membabitkan 10 kru bot nelayan di perairan Tambisan, Lahad Datu, awal pagi semalam terletak jauh dari lokasi tumpuan pelancong, sekali gus tidak menjejaskan aktiviti pelancongan di kawasan pantai timur Sabah. Pengerusi Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Sabah dan Labuan, Gordon Seet, berkata pihaknya juga…

Kerjasama Semua Agensi Keselamatan Mampu Kekang Penyeludupan

M Update, 19/6/2019 – Sejak dari dulu lagi aktiviti penyeludupan tidak pernah berkurang malah semakin menjadi-jadi. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mencatatkan 42 kes berkaitan penyeludupan barang kawalan sepanjang tahun ini. Semua rampasan merangkumi barang kawalan bersubsidi, antaranya tepung gandum, gula, minyak masak dan petrol…

Penderaan Warga Emas : Dipaksa Minum Air Kencing

M Update, 16/6/2019 – Malang buat warga emas yang menghuni di sebuah pusat jagaan di Seremban, Negeri Sembilan apabila menjadi mangsa penderaan oleh penyelia mereka. Malang warga emas itu tambah berganda apabila mereka dipaksa minum air kencing, makan cili dan diberikan ubat tidur secara berlebihan. Pelakuan terkutuk itu difahamkan berlaku…

10 Kru Bot Nelayan Dipercayai Diculik

M Update, 18/6/2019 – Seramai 10 kru bot nelayan dipercayai diculik berhampiran perairan Tawi-Tawi, selatan Filipina, awal pagi tadi. Dua bot dinaiki kru terbabit dipercayai berada di perairan Tambisan dalam perjalanan ke Semporna, sebelum didatangi kumpulan bersenjata yang menggunakan bot laju, kira-kira jam 2 pagi tadi. Bagaimanapun, setakat ini, identiti…

Lelaki Tikam Isteri Hingga Mati

M Update, 17/6/2019 – Tidak cukup menikam isterinya hingga mati, seorang lelaki turut membakar rumah kongsi pekerja sebuah kilang di Jalan Teluk Likas, di sini, awal pagi tadi. Mangsa, Ayang Hamjani, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas, akibat kesan tikaman pada tubuhnya. Difahamkan,…

Kerana Microsleep Hilang Dua Anak

M Update, 13/6/2019 – Dua kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki bersama keluarga terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut dekat Kalabakan, semalam. Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa, Nur Halisa Sufiyya Resmansaha, 7, dan adiknya, Nur Syaakur Safiyyah, 5, yang duduk di kerusi penumpang belakang…

Polis : Tiga Mayat Orang Asli Ditemui

M Update, 13/6/2019 – Tiga lagi mayat Orang Asli suku kaum Batek dari Kampung Kuala Koh, Gua Musang yang dipercayai terkena jangkitan radang paru-paru ditemui, petang semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, berkata semua mayat iaitu dua lelaki dan seorang perempuan itu dikenal pasti sebagai Safia Papan, 18, (perempuan),…