Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Demi Nyawa, Tangan Mangsa Runtuhan Terpaksa Dipotong

M Update, 23/5/2019 – Seorang lagi buruh binaan yang terperangkap dalam runtuhan konkrit berhampiran Stesen LRT Putra Terminal Gombak, berjaya ditemui dan dikeluarkan. Bagaimanapun, tangan kiri mangsa terpaksa dipotong akibat dihempap struktur besar konkrit yang runtuh. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, mangsa telah dikejarkan…

Kanak-kanak Hilang Jari Tersepit Mesin

M Update, 21/5/2019 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kehilangan jari telunjuk tangan kirinya selepas tersepit di dalam mesin pengisar di sebuah premis di Kampung Delek Kanan, Klang, semalam. Dalam kejadian jam 9 pagi, kanak-kanak warga Indonesia itu terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba. Difahamkan,…

Tiga Suspek Pengganas Ditahan – KPN

M Update, 17/5/2019 – Tiga lelaki disyaki terlibat memberi sokongan kepada kumpulan Daesh serta merancang melakukan serangan di negara ini dan Indonesia ditahan di sekitar Kedah dan Selangor, Selasa lepas.  Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam kenyataan semalam berkata dua lelaki tempatan dan seorang Indonesia ditahan oleh…

Mangsa Selamatkan Koperal Daripada Ditembak Perompak

M Update, 17/5/2019 – Seorang anggota polis berpangkat Koperal terselamat selepas seorang mangsa sempat menghalang cubaan perompak untuk menembaknya, dalam kejadian pada Khamis. Mangsa yang juga tuan rumah kejadian rompakan di Taman Jelita di sini, bagaimanapun hanya cedera ringan pada jarinya, manakala polis yang cuba ditembak perompak terbabit, cedera ditembak…

Polis : Hanya mercun ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’ dibenarkan

M Update, 17/5/2019 – Polis Perak memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi pengharaman mercun dan bunga api. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, polis melarang mana-mana individu memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api, kecuali yang dibenarkan sahaja.…

MKN Sabah Hantar Balik 658 PATI warganegara Filipina Dan Indonesia

M Update, 17/5/2019 – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah terus melaksanakan proses penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara asal dan semalam membabitkan 658 tahanan warganegara Filipina dan Indonesia melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina dan Pelabuhan Tawau ke Nunukan Indonesia. Daripada jumlah tersebut warganegara Filipina terdiri daripada…

Samun, Tikam Kawan Sendiri

M Update, 15/5/2019 – Lelaki cedera ditikam rakannya yang menyamun mangsa di sebuah rumah di Lebuhraya Pinggiran, Batu Caves, Gombak semalam. Dalam kejadian 9.55 malam itu, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah didatangi enam rakannya sebelum berlaku pergelutan. Suspek secara tiba-tiba menyerang mangsa dan berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di…