Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Tragedi Pergi Sekolah, Dua Pelajar Maut Dirempuh

M Update, 9/5/2019 – Dua pelajar perempuan maut manakala seorang lagi cedera selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Pasir Puteh, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.24 pagi itu, mangsa Siti Norhanim Alia Hamid, 17, menunggang motosikal bersendirian maut serta-merta di lokasi kejadian. Manakala…

Penghantar Makanan Maut Bertembung MPV

M Update, 8/5/2019 – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal dinaikinya bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Sungai Putat, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Muhammad Hasani Mohd Razip, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan beberapa bahagian…

Maut Dalam Perjalanan Berbuka Puasa Bersama Keluarga

M Update, 7/5/2019 – Kegembiraan tiga beranak untuk berbuka puasa bersama ahli keluarganya yang lain bertukar duka selepas seorang dari mereka maut dalam kemalangan. Nahas berlaku di kilometer 121, Jalan Jerangau-Jabur berhampiran Kampung Padang Kubu, Kemaman, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu menyebabkan mangsa, Ummi Baizura Rahmat,…

Mat Itali Tak Dapat, RM62,137 Lesap

M Update, 6/5/2019 – Seorang penyambut tamu wanita kempunan wang sebanyak 15,000 AS Dolar (kira-kira RM62,137) yang kononnya hadiah persahabatan selepas berkenalan dengan lelaki kononnya warga Itali bulan lalu. Mangsa berkenalan dengan lelaki yang mendakwa warga Itali bernama ‘Muhamed Rahim’ di Instagram 21 April lalu. Suspek memberitahu akan menghantar barang…

Mohamad Sabu : ESSCOM Akan Distruktur Semula

M Update, 6/5/2019 – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan distruktur semula bagi meningkatkan lagi keselamatan di pantai timur negeri ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang berbincang mengenai keputusan itu, termasuk usaha memperoleh peralatan tambahan bagi memantapkan tugas pasukan keselamatan bawah…

Lelaki Ugut Mufti Perlis Ditahan

M Update, 3/5/2019 – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki mengugut menumbuk Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menerusi kiriman mesej daripada pengguna akaun Facebook bernama Sandev Sandev. Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan di rumahnya di Gelugor, Pulau Pinang kira-kira pukul 12.30…

Perairan Sungai Golok Di Pantau

M Update, 3/5/2019 – Pangkalan haram di perairan Sungai Golok yang menjadi sempadan antara Malaysia-Thailand di Kelantan bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Tumpat, kini di bawah kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA). Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, penguatkuasaan kawalan di sempadan terbabit sebelum ini dilakukan oleh pihak Angkatan…

Dua Sahabat Maut Bersama

M Update, 30/4/2019 – Dua pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah van di Jalan Tanah Merah-Gual Ipoh dekat Kusial Bahru, Tanah Merah, semalam. Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Najmi Imran dan Mohamad Ziyadi Nik Mustapha masing-masing berusia 16 tahun meninggal dunia akibat…

Tergamak Nak Bunuh Ibu…

M Update, Lelaki tergamak menolak dan cuba membunuh ibunya dengan mengelar leher mangsa menggunakan parang kecil di rumah mereka di Kampung Tanjung Piring, Nami, dekat Pedang Terap, kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah, malam tadi. Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa berusia 69 tahun yang berada di rumah didatangi…

Guru Maut 4WD Dihempap Lori

M Update, 29/4/2019 – Seorang Guru wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap lori membawa muatan sawit di Jalan Kota Marudu-Pitas berhampiran Dataran Bengkoka, Pitas, hari ini. Dalam kejadian 6.15 pagi itu, mangsa, 34, tahun yang berasal Kota Belud, disahkan meninggal dunia serta-merta oleh pasukan perubatan hospital…